Albums

Renung- Renungkanlah..

Aqiqah adalah meerupakan Sunnat Muakkad, iaitu ibadat yang sangat-sangat dituntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut.

Dalil Aqiqah
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda,“Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan iaitu kekotoran dan najis”. (5154).

Waktu Aqiqah
Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam rahim ibunya. Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dapat dianggap aqiqah, ia dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.

Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya dan lebih baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah tertinggal.

Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh daripada kelahiran bayi. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud dan selainya daripada Samrah r.a katanya, Rasullah s.a.w bersabda, “Bayi itu di tebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur rambutnya”.

Maksud ditebus oleh aqiqahnya ialah pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaannya akan sempurna bergantung pada sembelihan untuknya. Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak boleh memberi syafa’at kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.

Hikmah Aqiqah
Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Alah s.w.t yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa. Anak itu amat disukai oleh pasangan ibubapa, maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikmat.

Firman Allah,
“Dan jika kamu bersyukur, nescaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu.”
(As-Zumar: 7)

“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nascaya Aku akan tambah untuk kamu.” (Ibrahim: 7)

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia.”
(Al-Kahfi: 46)

Memudahkan pengisytiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diistihar dan disebarkan agar jangan lahir cerita yang tidak diingini, aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.

Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.

Firman Allah,
“Sedang sifat bakhil itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia.” (An-Nisa: 128)

“Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”
(Al-Hasyr: 9)

Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran.

Latar Belakang

Terletak di Jaya Gading Kuantan,Banafex Agrofarm menumpukan kepada penternakan Kambing Fidlot secara integrasi dan komersil.Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan seperti membekalkan kambing bagi tujuan korban/akikah,katering & BBQ.Di samping itu, kami juga menyediakan penternakan secara kontrak (Contract Farming)kepada individu yang berminat.Jualan baka kambing seperti boer,feral,sanen,Kaplo.Program akikah juga disediakan dengan pakej-pakej yang menarik. Pengeluaran baja kompos organik ,Kami juga menjual susu kambing segar yang telah dipastri dan dijamin bersih lagi halal.Khidmat nasihat bagi pengurusan kandang, kacukan baka bagi penternak baru.Kami juga bergiat cergas dalam mengimport dan membekal baka-baka untuk pasaran tempatan.

Bagi meluaskan skop perkhidmatan, kami juga menyediakan pakej 'Total IT Solution' meliputi khidmat nasihat dalam Informasi teknologi,pembelian software/hardware, penyewaan komputer/laptop/LCD. Kami juga merupakan pakar dalam pembikinan perisian( System Developing), networking, Servers,Web hosting dan menyediakan tenaga pengajar bagi mereka yang ingin mendalami tentang Teknologi maklumat. Dengan menawarkan harga yang amat berpatutan, anak-anak anda sudah boleh celik IT yang setaraf dengan pengambilan sijil di kolej2 swasta. Hubungi kami untuk penerangan lebih lanjut.

Thursday, November 13, 2008

PELAN KANDANG KAMBING

PANDUAN PERUMAHAN KAMBING

Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

  • Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
  • Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing

adalah:

  • Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
  • Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
  • Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
  • Tidak terkena angin yang kencang
  • Terpelihara dari hujan dan panas
  • Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
  • Ruang makan dan minum mencukupi
  • Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang
Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.

PEMBINAAN KANDANG

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai

  • Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
  • tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
  • mudah dicuci
  • tidak licin
  • tidak mencederakan
  • tidak mudah lembab
  • Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
  • Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

Dinding

  • Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
  • Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
  • Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
  • Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:

  • Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
  • Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
  • Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
  • Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.

Kandang Kambing

Bagi memaksimumkan keuntungan, kita perlu jimatkan kos buat kandang. Jangan guna terlalu banyak kayu. Seorang penternak telah menghabiskan RM 80,000 untuk membuat kandang, sedangkan kambingnya hanyalah 50 ekor. Dia menggunakan kayu basah iaitu kayu hutan yang dibelah.

Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing. Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;

4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Kayu Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)

Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00

Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.

Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4.

Dibawah merupakan plan kandang kambing yang dapat menempatkan 250 ekor kambing dalam satu masa.

Kandang Kambing- untuk 250 EKOR


Pelan (1)

Pelan (2)


Pelan (3)

Pelan (4)

Pelan (5)

No comments:

Post a Comment


Featured Post

Baja kompos Organik- Probac Enviro+

Baja probac enviro+ sedang dalam proses pembungkusan dan sedia di edarkan di sekitar nurseri di daerah kuantan

Borang Maklumbalas

Nama:
Email Address:
H/phone:
Pesanan

Form provided by Freedback.