Albums

Renung- Renungkanlah..

Aqiqah adalah meerupakan Sunnat Muakkad, iaitu ibadat yang sangat-sangat dituntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut.

Dalil Aqiqah
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda,“Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan iaitu kekotoran dan najis”. (5154).

Waktu Aqiqah
Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam rahim ibunya. Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dapat dianggap aqiqah, ia dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.

Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya dan lebih baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah tertinggal.

Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh daripada kelahiran bayi. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud dan selainya daripada Samrah r.a katanya, Rasullah s.a.w bersabda, “Bayi itu di tebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur rambutnya”.

Maksud ditebus oleh aqiqahnya ialah pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaannya akan sempurna bergantung pada sembelihan untuknya. Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak boleh memberi syafa’at kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.

Hikmah Aqiqah
Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Alah s.w.t yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa. Anak itu amat disukai oleh pasangan ibubapa, maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikmat.

Firman Allah,
“Dan jika kamu bersyukur, nescaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu.”
(As-Zumar: 7)

“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nascaya Aku akan tambah untuk kamu.” (Ibrahim: 7)

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia.”
(Al-Kahfi: 46)

Memudahkan pengisytiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diistihar dan disebarkan agar jangan lahir cerita yang tidak diingini, aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.

Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.

Firman Allah,
“Sedang sifat bakhil itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia.” (An-Nisa: 128)

“Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”
(Al-Hasyr: 9)

Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran.

Latar Belakang

Terletak di Jaya Gading Kuantan,Banafex Agrofarm menumpukan kepada penternakan Kambing Fidlot secara integrasi dan komersil.Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan seperti membekalkan kambing bagi tujuan korban/akikah,katering & BBQ.Di samping itu, kami juga menyediakan penternakan secara kontrak (Contract Farming)kepada individu yang berminat.Jualan baka kambing seperti boer,feral,sanen,Kaplo.Program akikah juga disediakan dengan pakej-pakej yang menarik. Pengeluaran baja kompos organik ,Kami juga menjual susu kambing segar yang telah dipastri dan dijamin bersih lagi halal.Khidmat nasihat bagi pengurusan kandang, kacukan baka bagi penternak baru.Kami juga bergiat cergas dalam mengimport dan membekal baka-baka untuk pasaran tempatan.

Bagi meluaskan skop perkhidmatan, kami juga menyediakan pakej 'Total IT Solution' meliputi khidmat nasihat dalam Informasi teknologi,pembelian software/hardware, penyewaan komputer/laptop/LCD. Kami juga merupakan pakar dalam pembikinan perisian( System Developing), networking, Servers,Web hosting dan menyediakan tenaga pengajar bagi mereka yang ingin mendalami tentang Teknologi maklumat. Dengan menawarkan harga yang amat berpatutan, anak-anak anda sudah boleh celik IT yang setaraf dengan pengambilan sijil di kolej2 swasta. Hubungi kami untuk penerangan lebih lanjut.

Sunday, December 27, 2009

Ular Sawa Tumpas


Fuhh..Lega rasanya apabila kami berjaya mengantoikan sekor ular sawa yang bersaiz sederhana dan keadaan fizikalya yang buncit kekenyangan setelah membaham ayam peliharaan jiran sebelah kami. Pada mulanya aku goyang jugak,ape taknya aku berkeras gak utk tangkap sendri.Ular tu kendiannya kiteorg pas kat jiran/org kampung utk dijual kat tokey cina utk dibuat sup....yyeaahh!!

Saturday, December 19, 2009

Salam Maal Hijrah





Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431. Diam tak diam tahun baru datang lagi walaupun terasa baru sahaja membaca doa akhir dan awal tahun yang lalu. Aku percaya masih banyak azam atau cita-cita yang masih belum tercapai termasuklah diriku sendiri. Tahun baru hijrah pada tahun ini jatuh pada 18 haribulan December 2009.

Masih banyak azam dan impianku yang belum terlaksana walaupun berbagai usaha yang telah dilakukan. Mungkin aku memerlukan lebih banyak kesabaran dan kesungguhan kerana sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Barangkali juga usaha masih belum mencukupi menyebabkan doa masih belum di makbulkan. Namun apa yang penting aku bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara yang diberikan percuma sehingga ke hari ini.

Hidup ini terlalu singkat.

Umur meningkat dari tahun ke tahun tanpa disedari. Jika diukur apalah sangat amalan yang dilakukan. Azam tahun baru tetap di sematkan namun azam itu sendiri bukanlah sekadar dihati, tetapi harus diterjemahkan melalui perbuatan dan disusuli dengan doa. Apa yang penting sebagai umat Islam tidak semestinya kita hanya menunggu dan menanamkan azam pada awal tahun baru sahaja kerana sememangnya kita dituntut untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik dari hari ke hari.
dugaan dalam hidup ini tidak akan terhenti selagi kita bernama manusia -

Seperti tahun-tahun yang lalu, aku menanamkan azam, ingin menjadi seorang insan yang lebih baik, memperbaiki diri dari segala segi termasuklah mempertingkatkan kualiti ibadah selain menanamkan semangat untuk mempertingkatkan keimanan. Sememangnya aku perlu melakukan penghijrahan dari segi rohani dan jika perlu jasmani juga. Kalau boleh aku tidak mahu melukakan hati orang-orang yang aku sayangi. Dan yang lebih penting aku mahu mencari keredhaanNya dan ingin lebih mendekatkan diriku padaNya.
AMIN.

Friday, December 4, 2009

Bulan rezeki..

Syukur Alhamdulillah, dari awal Nov-Dec 09 merupakan hari yang paling menggembirakan buat aku sekeluarga.Ape tidaknya, sekor demi sekor kambing dah mula beranak.Total sehingga arini sudah 7ekor, hanya 1ekor yang tidak dpt diselamatkan.Sedih bercampur pelik knape ibu boer yang baru 1st beranak (Dpt kembar)hanya menumpukan kpd sekor anak je,manakala sekor lagi dia tak layan.Utk pengetahuan korang sme, kambing ini aku campurkan dgn ibunya merangkap nenek kpd cucunya yang baru beranak atas alasan tak dorm kandang yang terhad. Aku tak dapat nak close up sbb pakai hp camera. Tapi yang coklat belang putih ni,mmg cun..

Tuesday, November 24, 2009

Rekod!! Kunjungan 13org warga Singapura ke Banafex Agrofarm


26 Nov 2009:- Seramai 13 org Singaporean telah membuat lawatan mengejut ke kandang kami. Selama 3mlm aku merangkap sebagai pemandu pelancong kepada mike2 sme nie (Sbnarnya saudara mara aku)merasa sgt gundah gulana pabila diberitahu ada 3pasang baby kambing selamat dilahirkan. Pd mulanya perasaanku yang agak cuak,mana taknya Singapore mmg terkenal dgn kebersihannya.Selepas melihat kambing2 peliharaanku,byk soklan2 yang dilontarkan.Ada diantara mereka yg menjerit terkejut bila kambing2 aku naik tocang.Anyway aku kagum dgn dorang2 sme ni,tau2 jela ape taknya ada diantara mereka yang tak penah tengok kambing.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang sudi datang berkunjung ke kandang kami.Semoga dengan penambahan pengunjung di kandang kami ni dapat memberi berkat dan pintu rezeki kepada kami untuk bergerak maju ke hadapan.To all Singaporean,korang mmg ROCK!!!

Wednesday, October 14, 2009

Semoga Cepat Sembuh


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada geng2 kambing semua..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Untuk pengetahuan semua, Otai besar kita ( Haji Sheikh Ismail) telah dimasukkan ke wad pada (1 Oktober 09-hari ini) kerana Peparu berair. Beliau masih menjalani proses³ prosidur perubatan yang sehingga hari ini masih belum selesai.Bagi yang ingin melawat, Sila ke Hospital Besar Kuantan,ting 8, katil 28. Semoga doa-doa anda semua diberkati Allah.
p/s: Kami semua doakan agar abah cepat sembuh,kambing-kambing semua rindukan abah! Wallahualam.

Saturday, October 3, 2009

Pengalaman baru kami


“Nanny”, antara kambing Boer yang agak otai dikalangan lelainnya. Sungguh tidak disangka, keadaan nanny yang tidak mampu berdiri dipercayai akibat mengalami Colic bloated. Ada juga kemungkinan kambing ini dijangkiti pneumonia. Apa-apa pun itu hanya jangkaan kami. Kami hampir2 melakukan postmortem, nasib baik tak cukup fasiliti. Keadaan tetek kambing induk ini juga teruk diserang bakteria di mana ia membengkak, juga terdapat ketulan-ketulan keras pada tetek. Apa-apapun kami masih baru dalam bidang penternakan ini dan masih banyak perkara yang perlu kami tempuhi sebelum menjadi penternak yang berilmu dan berpengalaman.
Aku ada buat sedikit kajian dari internet berpandukan symptom2 yang ditunjukkan oleh Nanny. Peringatan buat penternak2 semua, sediakan dokumentasi2 yang secukupnya bagi menjadikan kandang anda ini bersistem. Setiap aktiviti terhadap kambing haruslah direkodkan baru memudahkan segala transaksi. Alangkah bagusnya jika setiap penternak dilengkapi dengan automated system.

Wednesday, September 30, 2009

Salam Aidilfitri


29 September 09-
Salam Aidilfitri kepada geng-geng kambing semua, Maaf Zahir & Batin dari kami Banafex Agrofarm. Maaf diatas kelewatan mengemaskini blog ini. Aku la yang paling sibuk skali,hahaha..!! Sepanjang Syawal bulan Ramadhan-Syawal ni, aktiviti dikandang berjalan seperti biasa. Banafex Agrofarm dikurniakan 2 ekor baby boer yang mana sekor daripadanya telah mati dihempap ibunya. Atan a.k.a Atim Junior selamat dilahir pada 280909.

Wednesday, August 26, 2009

Wajah Terbaru Kandang Banafex Agrofarm

Wajah terbaru Banafex Agrofarm..
Kami mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimah.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan kita sebelum³nya...AMIN.





Forever in our mind...


Senyuman Terakhir Dari 'Lert'
Inilah diantara kambing terawal yang pernah dibesarkan oleh Banafex Agrofarm. Dari kecik sampai la dah cukup matang. Banyak pengajaran yang telah kami timba semasa dalam proses R N D memelihara dan menternak kambing. Hampir 2tahun+ umur 'Arwah Lert'.
.:LERT:. di jual dengan harga RM900,50+KG.

Tuesday, June 23, 2009

Penghuni baru dan kandang baru

Salam

Alhamdulillah.. seperti mana yang dirancang, ibu purebred,ibu kambing kampung yang sarat mengandung sudah mula menunjukkan hasil. Satu demi satu melahirkan anak.. tak putus -putus pulak tuh...huhuhuh..Untuk bulan ini, majoriti kelahiran kambing tempatan merekodkan kelahiran tertinggi iaitu sebanyak 7 ekor manakala bagi purebred pula dengan 4 ekor tetapi malangnya 2 drp 4 ekor mati atas kehendakNya. Apa2 pn Syukur Alhamdulillah kami panjatkan diatas rezeki ini. Bukan senang nak senang wOOo..


- Si Ibu sempat mencuri pandang sambil meneran uri babynya..
-Baby yang baru beberapa jam dilahirkan..



Ibu kambing tempatan

Selamat melahirkan 2 ekor baby..



Ibu yang berjaya melahirkan 2 ekor baby..


Rata-rata anak kambing yang lahir menunjukkan ciri2 atau body score yang cantik dan memenuhi spec di mana beratnya lepas lahir ada yang mencecah 4.6kg dan warna pada kami jatuh no. 2... janji body cantik dan sihat.

Bagi menampung bilangan penghuni yg sedia ada, Kerja penyambungan kandang (22X34)telahpn dijalankan dan telah siap sepenuhnya. Secara kasar,RM9k telah diperuntukkan bagi projek ini.Proses ini telah memakan masa dalm 10hari dengan 3 org tenaga kerja.Walaupun tak sebesar mana, cukup bagi menampung 5 dock kandang.Takpe,pelan2 kayuh..Dapat la kami mengatur strategi seterus bagi penambahan@pembiakan baka.

Wednesday, January 28, 2009

Rekod Kelahiran Nov08-Jan09

Ibu kambing 'otai' ini diantara kambing yang 1st batch yang di pelihara. Mengikut rekod kelahirannya, ibu kambing ini telah melahirkan anaknya yang ke 4@5@6. Angka ini adalah termasuk anak yang ke2 terakhir yang mana bapaknya adalah abangnya sendiri.. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan pemerhatian yang khusus diberikan pada ternakan kerana ini dikuatiri akan membantutkan genetik anak kambing tersebut.Hehehe..



Anak kembar dari hasil kampung+kaplo



Sunday, January 25, 2009

Kampung digenangi banjir

3/01/09
JAYA GADING:“Hujan lebat yang turun selama 4hari berturut turut tempoh hari telah mengakibatkan sekitar kawasan kandang kami dipenuhi air".
Mujurlah ia tak berlarutan. Keadaan ini menyukarkan kami menjalankan aktiviti memesin rumput kerana mesin terletak di sekitar bawah kandang. Jalan utama untuk masuk ke kawasan sekitar juga tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil.Bila aku pikir2 balik, susah gak tu nak buat keje dlm kawasan yang dipenuhi air."
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam semasa hari kejadian untuk dikongsi bersama.

Sebelum dan Selepas..

Sebelum dan Selepas..


Sebelum dan Selepas..




Featured Post

Baja kompos Organik- Probac Enviro+

Baja probac enviro+ sedang dalam proses pembungkusan dan sedia di edarkan di sekitar nurseri di daerah kuantan

Borang Maklumbalas

Nama:
Email Address:
H/phone:
Pesanan

Form provided by Freedback.