Albums

Renung- Renungkanlah..

Aqiqah adalah meerupakan Sunnat Muakkad, iaitu ibadat yang sangat-sangat dituntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut.

Dalil Aqiqah
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda,“Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan iaitu kekotoran dan najis”. (5154).

Waktu Aqiqah
Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam rahim ibunya. Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dapat dianggap aqiqah, ia dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.

Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya dan lebih baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah tertinggal.

Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh daripada kelahiran bayi. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud dan selainya daripada Samrah r.a katanya, Rasullah s.a.w bersabda, “Bayi itu di tebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur rambutnya”.

Maksud ditebus oleh aqiqahnya ialah pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaannya akan sempurna bergantung pada sembelihan untuknya. Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak boleh memberi syafa’at kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.

Hikmah Aqiqah
Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Alah s.w.t yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa. Anak itu amat disukai oleh pasangan ibubapa, maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikmat.

Firman Allah,
“Dan jika kamu bersyukur, nescaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu.”
(As-Zumar: 7)

“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nascaya Aku akan tambah untuk kamu.” (Ibrahim: 7)

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia.”
(Al-Kahfi: 46)

Memudahkan pengisytiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diistihar dan disebarkan agar jangan lahir cerita yang tidak diingini, aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.

Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.

Firman Allah,
“Sedang sifat bakhil itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia.” (An-Nisa: 128)

“Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”
(Al-Hasyr: 9)

Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran.

Latar Belakang

Terletak di Jaya Gading Kuantan,Banafex Agrofarm menumpukan kepada penternakan Kambing Fidlot secara integrasi dan komersil.Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan seperti membekalkan kambing bagi tujuan korban/akikah,katering & BBQ.Di samping itu, kami juga menyediakan penternakan secara kontrak (Contract Farming)kepada individu yang berminat.Jualan baka kambing seperti boer,feral,sanen,Kaplo.Program akikah juga disediakan dengan pakej-pakej yang menarik. Pengeluaran baja kompos organik ,Kami juga menjual susu kambing segar yang telah dipastri dan dijamin bersih lagi halal.Khidmat nasihat bagi pengurusan kandang, kacukan baka bagi penternak baru.Kami juga bergiat cergas dalam mengimport dan membekal baka-baka untuk pasaran tempatan.

Bagi meluaskan skop perkhidmatan, kami juga menyediakan pakej 'Total IT Solution' meliputi khidmat nasihat dalam Informasi teknologi,pembelian software/hardware, penyewaan komputer/laptop/LCD. Kami juga merupakan pakar dalam pembikinan perisian( System Developing), networking, Servers,Web hosting dan menyediakan tenaga pengajar bagi mereka yang ingin mendalami tentang Teknologi maklumat. Dengan menawarkan harga yang amat berpatutan, anak-anak anda sudah boleh celik IT yang setaraf dengan pengambilan sijil di kolej2 swasta. Hubungi kami untuk penerangan lebih lanjut.

Monday, April 5, 2010

Kursus Pengurusan Kambing & Bebiri Komersil di IVM


Tanggal 29 Mac-1 April bebaru ni buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Institut Veterinar Malaysia di Kluang, Johor. Seramai 20org peserta telah terpilih bagi mengikuti kursus tersebut. Ini merupakan kenangan yang agak manis kerana geng2 kambing yang terlibat semuanya kepala best!!! Pertengahan bulan April ni, kat Melaka pulak..Hehehe, blajor proses emas hitam plak weh`!.. Kepada geng2 kambing yang berkesempatan membaca blog ini, aku ucapkan semoga korang sukses dengan ternakan memasing,jangan lupa dan abaikan network yang dibentuk dikalangan geng2 penternak seMalaysia..
Terima kasih tak terhingga kepada tenaga pengajar iaitu Pn Zablina drpd PVD Batu Pahat, En Chamian,En Jamal,En Mohd Noor,Pn Haryani,En Azman dan Dr Donny(dr dodon) dan Dr Maizatul diatas tunjuk ajar .Semoga ilmu yang kami dapat akan kami praktikkan di tempat kami, dan kepada En Azman terima kasih kerana bagi kami pokok Mulbery akan kami tanam dan bagi kambing kami makan hehe.

Dan kepada rakan2 semua saya memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung atau terkata selama kita berkawan selama 4 hari di intitut veterianar malaysia kluang.Anyway korang nak chat kat chat box blog ni pun boleh semoga kita dapat bertukar pandangan dan fikiran sesama kita.Salam.

P/s: Teringat video ternakan kambing dari Indonesia,mmg trbaik la cara dorang memasarkan ternakan..Kalau la kerajaan kita dapat menguatkuasakan polisi baru dalam membantu penternak2 di Malaysia supaya lebih progresif dan produktif..

No comments:

Post a Comment


Featured Post

Baja kompos Organik- Probac Enviro+

Baja probac enviro+ sedang dalam proses pembungkusan dan sedia di edarkan di sekitar nurseri di daerah kuantan

Borang Maklumbalas

Nama:
Email Address:
H/phone:
Pesanan

Form provided by Freedback.