Albums

Renung- Renungkanlah..

Aqiqah adalah meerupakan Sunnat Muakkad, iaitu ibadat yang sangat-sangat dituntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut.

Dalil Aqiqah
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda,“Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan iaitu kekotoran dan najis”. (5154).

Waktu Aqiqah
Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam rahim ibunya. Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dapat dianggap aqiqah, ia dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.

Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya dan lebih baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah tertinggal.

Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh daripada kelahiran bayi. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud dan selainya daripada Samrah r.a katanya, Rasullah s.a.w bersabda, “Bayi itu di tebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur rambutnya”.

Maksud ditebus oleh aqiqahnya ialah pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaannya akan sempurna bergantung pada sembelihan untuknya. Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak boleh memberi syafa’at kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.

Hikmah Aqiqah
Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Alah s.w.t yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa. Anak itu amat disukai oleh pasangan ibubapa, maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikmat.

Firman Allah,
“Dan jika kamu bersyukur, nescaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu.”
(As-Zumar: 7)

“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nascaya Aku akan tambah untuk kamu.” (Ibrahim: 7)

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia.”
(Al-Kahfi: 46)

Memudahkan pengisytiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diistihar dan disebarkan agar jangan lahir cerita yang tidak diingini, aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.

Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.

Firman Allah,
“Sedang sifat bakhil itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia.” (An-Nisa: 128)

“Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”
(Al-Hasyr: 9)

Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran.

Latar Belakang

Terletak di Jaya Gading Kuantan,Banafex Agrofarm menumpukan kepada penternakan Kambing Fidlot secara integrasi dan komersil.Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan seperti membekalkan kambing bagi tujuan korban/akikah,katering & BBQ.Di samping itu, kami juga menyediakan penternakan secara kontrak (Contract Farming)kepada individu yang berminat.Jualan baka kambing seperti boer,feral,sanen,Kaplo.Program akikah juga disediakan dengan pakej-pakej yang menarik. Pengeluaran baja kompos organik ,Kami juga menjual susu kambing segar yang telah dipastri dan dijamin bersih lagi halal.Khidmat nasihat bagi pengurusan kandang, kacukan baka bagi penternak baru.Kami juga bergiat cergas dalam mengimport dan membekal baka-baka untuk pasaran tempatan.

Bagi meluaskan skop perkhidmatan, kami juga menyediakan pakej 'Total IT Solution' meliputi khidmat nasihat dalam Informasi teknologi,pembelian software/hardware, penyewaan komputer/laptop/LCD. Kami juga merupakan pakar dalam pembikinan perisian( System Developing), networking, Servers,Web hosting dan menyediakan tenaga pengajar bagi mereka yang ingin mendalami tentang Teknologi maklumat. Dengan menawarkan harga yang amat berpatutan, anak-anak anda sudah boleh celik IT yang setaraf dengan pengambilan sijil di kolej2 swasta. Hubungi kami untuk penerangan lebih lanjut.

Wednesday, January 28, 2009

Rekod Kelahiran Nov08-Jan09

Ibu kambing 'otai' ini diantara kambing yang 1st batch yang di pelihara. Mengikut rekod kelahirannya, ibu kambing ini telah melahirkan anaknya yang ke 4@5@6. Angka ini adalah termasuk anak yang ke2 terakhir yang mana bapaknya adalah abangnya sendiri.. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan pemerhatian yang khusus diberikan pada ternakan kerana ini dikuatiri akan membantutkan genetik anak kambing tersebut.Hehehe..



Anak kembar dari hasil kampung+kaplo



Sunday, January 25, 2009

Kampung digenangi banjir

3/01/09
JAYA GADING:“Hujan lebat yang turun selama 4hari berturut turut tempoh hari telah mengakibatkan sekitar kawasan kandang kami dipenuhi air".
Mujurlah ia tak berlarutan. Keadaan ini menyukarkan kami menjalankan aktiviti memesin rumput kerana mesin terletak di sekitar bawah kandang. Jalan utama untuk masuk ke kawasan sekitar juga tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil.Bila aku pikir2 balik, susah gak tu nak buat keje dlm kawasan yang dipenuhi air."
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam semasa hari kejadian untuk dikongsi bersama.

Sebelum dan Selepas..

Sebelum dan Selepas..


Sebelum dan Selepas..



Friday, January 23, 2009

Lawatan Sambil Belajar di Kelantan

LAWATAN KANDANG KE 2

Lawatan seterusnya membawa aku kandang yang terletak di sekitar Tok Bali Kelantan. Projek ini adalah Usahasama dari Persatuan Koperasi Kota Bahru. Keluasan kandang sekitar 6 hektar yang mana dapat menampung sehingga 6 buah kandang semuanya. Malangnya aku tak dapat untuk masuk ke kandang utama kerana sebab-sebab tertentu. Putara harga jualan kambing disini agak tinggi berbanding tempat lain sepanjang lawatan aku ke Kelantan ini. Walau bagaimanapun, pengalaman yang berharga ini akan di gunakan sebaik mungkin bagi memantapkan kandang kambing aku…

Kandang kecil disediakan bagi tempat kambing jualan, kambing sakit dan sebagai tempat transit.

.

1)Kelihatan dari jauh 4 kandang utama yang menempatkan ternakan bunting dan baka penjantan.
2)
Tindakan bijak pengusaha dengan memenuhi setiap kaw. ladang dengan ternakan itik.

Lawatan Ke Tok Bali Kelantan

Pada tanggal 12/1/09 yang lepas, aku membuat satu lawatan sambil belajar ke Kelantan bagi melihat sendiri kaedah,sistem kacukan, harga kambing dan juga harga mesin yang telah diubah suai.Terima kasih aku ucapkan kepada sahabat kambing kita yang berasal dari Melawi,Bachok kelantan.

Beliau yang menjalankan sistem perniagaan transit ini baru je abis menjual semua kambing ternakannya.Banyak juga ilmu yang aku dapat dari segi sistem pemakanan di kampung.

No wonder la kambing2 dorang semua sihat2 belaka..Kepada sesiapa yang berminat nak membeli kambing2 bagi tujuan ternakan, aku ade beberapa baka yang familiar yang dijual dengan harga borong

Tapi dengan syarat, pembelian hendaklah 2 ekor keatas laa..kebanyakkan kambing2 ini diimport dari Burma+Thailand yang mana bakanya bagi pendapat aku lebih tahan lasak dan harganya berpatutan.

LAWATAN KE KANDANG 1


1)Kacukan Boer+Katjang 2) Tuan Haji Zin Bersama 3) Jamnapari Burma
Jamnapari Burma

Friday, November 28, 2008

KAMBING UNTUK AQIQAH,DAGING,KENDURI DAN KORBAN UNTUK DIJUAL..

HARGA ADALAH ANTARA RM 350-700 BERGANTUNG KEPADA UMUR,BAKA.
KAMI TURUT MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MELAPAH KAMBING- Harga masih boleh dirunding.Promosi kepada pembelian borong, harga pakej mengikut jumlah kambing.

Kami juga menawarkan pelbagai lagi produk seperti susu kambing yang telah menjalani proses pempasteuran dan homogenasi.

FAKTA:Susu kambing merupakan makanan semulajadi hampir kepada makanan sempurna yang berkhasiat dan penuh dengan kesegaran. Kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi dan kurang laktosa berbanding susu ternakan domestik yang lain. Struktur kimianya adalah bersamaan dengan susu ibu.


Sila layari http://banafexagrofarm.blogspot.com
@Hubungi-
Sheikh Ismail -019- 9869124
Rizal- 012-3762923
Danial- 012-9840460

Thursday, November 27, 2008

Projek akan datang


Bagi mengatasi masalah banjir dibelakang kandang, pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk mengorek tanah dan membuat sebuah kolam sedalam 8kaki bagi mengelakkan/mengurangkan masalah banjir.Secara tak langsung pihak pengurusan Banafex Agrofarm boleh meluaskan skop penternakan kambing dan menceburi ternakan ikan pulak..Our next year project..Pelan² kayuh...

Malang Tidak Berbau..



Bebaru ni, sewaktu aku tgh asyik mengisar napier, tanpa aku sedari tangan jari aku dah melepasi rel napier dan terus menghinggap ke kipas pengisar napier tu...Waduh....So aku harap korang yang melakukan kerja² pengisaran napier@yang sewaktu dgnya melakukan ia dengan penuh tumpuan dan haruslah berhati-hati..Nasib baik jari aku tak putus daa...Alhamdulillah..

Monday, November 24, 2008

Penambahan stok baru di Banafex Agrofarm


Tanggal 10/11/08 kami telah menambahkan 11 ekor stok² baru baka boer dan juga kambing kampung bagi menampung tempahan-tempahan untuk ibadah korban tak lama lagi..Syukur.










Ketibaan kambing² baru disambut dengan jamuan ringan dari pihak majlis..hehe..

Featured Post

Baja kompos Organik- Probac Enviro+

Baja probac enviro+ sedang dalam proses pembungkusan dan sedia di edarkan di sekitar nurseri di daerah kuantan

Borang Maklumbalas

Nama:
Email Address:
H/phone:
Pesanan

Form provided by Freedback.